Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 4

on Friday, June 12, 2009

TAJUK JURNAL
Collaborate, Plan, Deploy and Train :
Office 2007 in the Classrooms and Labs Across Campus
PENGARANG
Joana Trimble Gandara and Michelle Eastland
SUMBER
St. Edward’s University, 3001 Congress Ave. CM 1036, Austin, TX 78704

St. Edward’s University terletak di Austin, Texas. Universiti ini membuat keputusan untuk memasang MS Office 2007 di seluruh kampus menggunakan system operasi Windows XP pada musim panas 2008 yang lalu.

Fokus utama penulisan artikel / jurnal ini adalah untuk menilai kejayaan dan kegagalan Instructional Technology (IT) Department universiti ini dalam menyokong pemasangan dan penggunaan produk tersebut; seterusnya membantu institusi-institusi lain mengorak langkah atau membuat pelan jangkamasa panjang / pendek dalam proses pemasangan perisian baru di sekitar kampus.

Perisian MS Office 2007 akan dipasang di semua kelas dan makmal komputer seluruh kampus. IT Department bertanggungjawab membuat pelan strategi serta in-house training kepada komuniti (fakulti, pelajar dan staf) kampus tersebut. 5300 orang pelajar (undergraduate, new college dan graduate) akan terlibat dalam penggunaan perisian baru ini di seluruh kampus.

IT Department terbahagi kepada: (i) Student Computing – bertanggungjawab menyelenggara makmal computer, (ii) Media Services – bertanggungjawab member sokongan peralatan multimedia, (iii) Technical Services – bertanggungjawab member sokongan kepada fakulti dan staf untuk set up computer, memasang perisian dsb, (iv) Computer Help Desk – member bantuan teknologi maklumat dalam bentuk panggilan telefon, email, web, live chat dan walk-in, (v) Faculty Resource Centre – membantu fakulti dengan keperluan teknikal dan rekabentuk ID (Instructional Design), (vi) Computer Training – bertanggungjawab member kursus / latihan kepada komuniti kampus.

Dalam bidang kejurulatihan, sokongan dari segi latihan / kursus amat penting dalam proses pemasangan perisian baru dalam satu kelompok komuniti yang besar seperti di dalam university. Latihan perlu berterusan supaya proses peralihan kepada perisian yang baru menjadi lebih mudah. Latihan / kursus boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti quick guides, 30-minutes training dan workshop exercises, dan ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya kemahiran komuniti akan menjadi lebih mantap.

Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 3 (Pembelajaran Aktif)

on Friday, June 12, 2009

TAJUK JURNAL
Wireless Laptops As Means For Promoting Active Learning
PENGARANG
Miri Barak, Alberta Lipson, Steven Lerman
SUMBER
Massachusetts Institute of Technology

Jurnal ini mengulas kajian tentang penggunaan komputer riba tanpa wayar (wireless laptops) bagi menggalakkan pembelajaran aktif di dalam dewan kuliah (subjek pengaturcaraan); mengkaji tingkahlaku pelajar dan penerimaan mereka terhadap persekitaran ‘baru’ tersebut.

Data diperolehi daripada soalselidik secara dalam talian (online survey) dan juga pemerhatian di dalam kelas (class observation). Soalselidik dijalankan selama 3 semester, dan seramai 318 pelajar yang menghadiri kelas pengaturcaraan telah terlibat. Pelajar-pelajar tersebut mempunyai latar belakang akademik yang berbeza, kursus yang berbeza dan pengalaman pengaturcaraan yang pelbagai.

Soalselidik dalam talian dilakukan pada hujung setiap semester, dengan tujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer riba tanpa wayar di dalam kelas pengaturcaraan. Soalselidik ini mengandungi 35 soalan; open and close-ended questions. Soalan-soalan berkisar tentang penggunaan komputer riba yang mempengaruhi pembelajaran aktif di dalam kelas dan pencapaian pembelajaran pelajar setelah penggunaan komputer riba di dalam dewan kuliah dilaksanakan. Pemerhatian di dalam kelas pula dilaksanakan dengan mengambil rakaman video pada setiap kuliah pengaturcaraan. Rakaman ini akan dianalisis untuk dibuat laporan pemerhatian.

Dapatan kajian merumuskan bahawa, terdapat aspek positif dalam penggunaan komputer riba di kalangan pelajar ketika kuliah, iaitu peningkatan dari segi pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran secara hands-on serta pelajar mengalami persekitaran pembelajaran secara eksplorasi. Walaubagaimanapun, terdapat juga aspek negative iaitu, kurangnya proses pembelajaran aktif di dalam kelas. Ini adalah kerana komputer riba menjadi faktor ‘pengganggu’ (source of distraction) yang mana pelajar menggunakan computer riba bagi tujuan lain selain pengaturcaraan ketika di dalam kelas, seperti chatting, melihat blog dsb. Ini akan mengganggu konsentrasi pelajar ketika kuliah dilaksanakan.

Sebagai seorang jurulatih, penggunaan komputer riba atau bahan P&P yang lain ketika pengajaran amat digalakkan untuk pembelajaran yang lebih efektif. Walaubagaimanapun, beberapa garis panduan perlu dibuat bagi menjamin pelajar / peserta kursus akan fokus kepada pengajaran yang dilaksanakan.

Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 2

on Thursday, June 11, 2009

TAJUK JURNAL
Information Technology Education for Older Adults As A Continuing Peer-Learning Process : A Chinese Case Study
PENGARANG
Bo Xie
SUMBER
Educational Gerontology, 33: 429–450, 2007
Copyright # Taylor & Francis Group, LLC
ISSN: 0360-1277 print=1521-0472 online
DOI: 10.1080/03601270701252872

Jurnal ini menerangkan tentang pembelajaran dan penggunaan komputer serta Internet oleh warga tua di China; halangan-halangan yang dilalui oleh mereka; strategi-strategi untuk mengatasi halangan-halangan tersebut serta dapatan daripada temuduga yang telah dibuat kepada 33 ahli OldKids, organisasi yang terdiri daripada warga tua yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Kajian dijalankan dengan menemuduga 33 orang ahli OldKids yang berumur lingkungan 50 – 79 tahun; terdiri daripada 19 ahli perempuan dan 14 ahli lelaki. Dapatan daripada temuduga mendapati; (i) kurang sokongan dari segi teknikal dalam bidang IT; (ii) kurang sokongan daripada warga muda (anak cucu serta jiran tetangga yang lebih muda); (iii) pembelajaran lebih efektif jika pembelajaran dijalankan dalam kelompok umur yang sama; (iv) kursus / bengkel jangka pendek kurang efektif berbanding dengan penubuhan kelab komputer yang menyediakan kelas / kursus / bengkel secara berterusan.

Dalam kajian yang dijalankan menjelaskan bahawa kursus komputer yang biasanya dikendalikan oleh warga yang lebih muda tidak menggunapakai keupayaan dan potensi yang ada warga tua. Mereka juga mempunyai sifat kurang sabar terhadap kerenah warga tua yang ingin belajar secara lebih perlahan. Penerangan yang agak pantas oleh jurulatih warga muda juga menjadi satu masalah kepada warga tua untuk memahami isi pembelajaran dalam bidang ini.

Faktor umur juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran kerana ia akan member kesan terhadap penglihatan, pendengaran, psikomotor dan juga keupayaan kognitif peserta kursus.

Oleh itu, sebagai jurulatih, faktor-faktor seperti umur, keupayaan serta potensi peserta terutama warga tua perlu diberi penekanan ketika kursus dikendalikan. Modul dan pengisian kursus perlu bersesuaian sejajar dengan keupayaan peserta. Bagi mengendalikan kursus yang melibatkan warga tua, masa rehat perlu dititikberatkan kerana keupayaan mereka untuk melakukan kerja yang melibatkan komputer tidak sama dengan keupayaan peserta yang lebih muda.