ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 6

on Tuesday, November 24, 2009

TAJUK
Multi-Method Evaluations: Case Studies of an Interactive Tutorial and Practice System
PENGARANG
Ruth de VilliersUniversity of South Africa, Pretoria, South Africa, dvillmr@unisa.ac.za
SUMBER
Proceedings of the 2006 Informing Science and IT Education Joint Conference Salford, UK – June 25-28

Artikel ini merupakan satu proceeding yang menerangkan satu kajian yang menggunakan kaedan kajian tindakan (action research). Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan satu e-learning system iaitu Relations yang digunakan untuk menyokong pembelajaran bagi subjek Theoretical Computer Science 1 di University of South Africa (UNISA). Relations merupakan satu system multimedia interaktif yang menerangkan berkaitan mathematical relations (hubungan dalam matematik), dan sistem ini adalah sistem yang berbayar. UNISA merupakan institusi pendidikan jarak jauh dan mempunyai pelajar dari seluruh dunia. Walaubagaimanapun, hanya 30 – 40% sahaja dari jumlah pelajar universiti ini yang menggunakan Relations bagi menyokong pembelajaran mereka. Relations V2.1 telah dikeluarkan pada 2004, manakala revised version iaitu V2.2 telah dikeluarkan pada tahun 2005. Revised version dikeluarkan setelah melalui beberapa soal selidik yang diberikan kepada para pelajar yang telah menggunakan sistem ini. Temubual juga dilakukan kepada lima orang pelajar pada tahun 2005 untuk menyiasat aspek-aspek yang tidak diambil berat di dalam pembangunan Relations. Dapatan temubual mendapati responden mendapat pertambahan nilai (added value) dari penggunaan sistem beserta dengan pembacaan ilmiah. Ini adalah kerana Relations mengandungi penerangan yang lebih terperinci, gambarajah animasi menerangkan perkembangan konsep dan diagnosis berkenaan kesalahan yang mereka lakukan. Kajian berkenaan Relations juga dilakukan dengan mengendalikan ujian pra dan ujian pos untuk mengetahui keberkesanan sistem kepada pelajar. Secara keseluruhan, sistem Relations telah melalui pelbagai proses yang berterusan bagi meningkatkan mutu dan keberkesanan sistem, terutamanya kepada pelajar.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 5

on Tuesday, November 24, 2009

TAJUK
The Influence of Teachers' Technology Use on Instructional Practices
PENGARANG
Glenda C Rakes; Valerie S Fields; Karee E Cox
SUMBER
Journal of Research on Technology in Education; Summer 2006; 38, 4; ProQuest Education Journals, pg. 409

Artikel ini menerangkan satu kajian yang dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara penggunaan teknologi dan kemahiran penggunaan teknologi serta penggunaan pengajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru di luar bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument dengan 50 item. Sampel adalah jenis sampel bertujuan (purposive sampling) dan seramai 186 responden telah dipilh. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknologi dalam kalangan guru sekolah luar bandar amat rendah; latihan teknologi yang diberikan kepada guru-guru tidak member impak yang besar terhadap penggunaan teknologi di sekolah; guru-guru yang mempunyai kemahiran asas teknologi mempunyai tahap penggunaan teknologi yang sederhana bagi menyokong pengajaran konstruktivisme di sekolah. Penekanan terhadap penggunaan teknologi di sekolah luar bandar seharusnya disokong oleh latihan untuk pembangunan staf bagi memotivasikan guru-guru terhadap penggunaan teknologi secara optimum.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 4

on Tuesday, November 24, 2009

TAJUK
Examining user acceptance of computer technology: An empirical study of student teachers
PENGARANG
Will Wai-kit Ma, Robert Anderssonw & Karl-Oslear Streithw
SUMBER
Publishing Ltd 2005 Journal of Computer Assisted Learning 21, pp387–395

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dan bertujuan untuk menilai penerimaan guru-guru pelatih terhadap teknologi komputer, dan mengenalpasti tujuan utama mereka menggunakan komputer. Responden kajian merupakan guru-guru pelatih dari sebuah program pendidikan untuk guru, dan terdiri daripada 84 orang, 33.5% lelaki dan 66.5% perempuan. Responden juga merupakan guru-guru pelatih yang mewakili empat kumpulan opsyen: (1) opsyen pendidikan awal kanak-kanak, (2) opsyen sains dan matematik, (3) pendidikan umum dan (4) opsyen pedagogi pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru tersebut dapat menerima teknologi komputer bagi memudahkan urusan harian mereka, serta teknologi tersebut adalah mudah untuk digunakan.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 3

on Monday, November 23, 2009

TAJUK
ICT IN CHILEAN SCHOOLS: STUDENTS’ AND TEACHERS’ ACCESS TO AND USE OF ICT HUMAN TECHNOLOGY

PENGARANG
J. Enrique Hinostroza, Christian Labbé and Magdalena Claro

SUMBER
An Interdisciplinary Journal on Humans in ICT Environments;ISSN: 1795-6889 ; www.humantechnology.jyu.fi
Volume 1 (2), October 2005, 246-264

Artikel ini menerangkan satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar dan guru di Chile. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT di sekolah, kemahiran ICT dalam kalangan guru dan pelajar dan aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar dengan menggunakan kemudahan ICT. Kajian ini melibatkan soal selidik secara manual (atas kertas) dan soal selidik atas talian (online questionnaire). Instrumen soal selidik diadaptasi dari instrumen yang dibangunkan oleh UNESCO ICT.. Soal selidik dibahagikan kepada tiga jenis: (1) Soal selidik untuk koordinator makmal computer, (2) Soal selidik untuk guru-guru dan (3) Soal selidik untuk pelajar. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata. Dapatan kajian menunjukkan majoriti komputer di sekolah rendah dan menengah di Chile diletakkan di makmal computer. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya diwujudkan network bagi memudahkan guru dan pelajar menggunakan kemudahan ICT tersebut di luar makmal komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan komputer adalah maksimum ketika waktu persekolahan berbanding hari minggu. Kebanyakan aktiviti yang berteraskan ICT juga lebih banyak dilakukan di dalam makmal komputer pada hari persekolahan.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 2

on Monday, November 23, 2009

TAJUK
PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU PELATIH: DAHULU, SEKARANG,
DAN HARAPAN MASA DEPAN

PENGARANG
M. BALAKRISHNAN, PhD.

SUMBER
Jabatan Teknologi Pendidikan
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, 2004

Artikel merupakan kajian berbentuk kualitatif yang bertujuan untuk mengkaji pendapat guru-guru pelatih tentang penggunaan komputer sebelum dan semasa di maktab perguruan dan harapan mereka terhadap penggunaan komputer ketika mengajar di sekolah nanti. Responden terdiri daripada empat orang guru pelatih dari sebuah maktab perguruan; dua orang guru pelatih mewakili kumpulan yang mempunyai pengalaman menggunakan komputer sebelum ke maktab manakala dua orang lagi mewakili kumpulan yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer sebelum ke maktab. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang nyata di antara dua kumpulan guru-guru pelatih ini. Guru-guru yang berpengalaman menggunakan komputer sepatutnya didedahkan dengan aktiviti yang lebih mencabar, atau dilatih unuk menjadi seorang fasilitator untuk kumpulan guru pelatih yang kurang pengalaman. Pembentukan modul juga perlu dikaji bagi membezakan keperluan antara guru pelatih yang berpengalaman dan kurang pengalaman.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 1

on Monday, November 23, 2009


TAJUK
FAKTOR PENGGUNAAN KOMPUTER DAN KAITANNYA DENGAN KESEDIAAN MENGIKUTI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA

PENGARANG
ZAIDATUN TASIR, JAMALLUDIN HARUN & LIM SER YEN

SUMBER
Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 2006: 75–91 © Universiti Teknologi Malaysia


Artikel ini menerangkan kajian berbentuk kuantitatif, yang mengkaji faktor-faktor penggunaan komputer dari segi sikap terhadap komputer, kecelikan dan kemudahan komputer terhadap pelajar Sarjana Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menerangkan perkara yang menjadi faktor utama penggunaan komputer dalam kalangan responden yang terpilih. Beberapa kajian berkenaan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar telah dilakukan. Antara aspek yang telah dikaji ialah sikap dan persepsi pelajar, ruangan dan sifat penggunaan komputer di sekolah tinggi, faktor-faktor penggunaan komputer di sekolah-sekolah, hubungan pembacaan dengan penggunaan komputer di kalangan remaja dan perbezaan umur dan jantina dalam penggunaan dan sikap terhadap komputer di kalangan pelajar sekolah menengah. Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada kajian berkenan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar Sarjana. Kajian ini telah mencapai objektif dan menjawab kesemua persoalan kajian. Analisis deskriptif terhadap sikap, kecelikan, dan kemudahan komputer menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sarjana bersikap positif terhadap penggunaan komputer, tahap kecelikan komputer yang sederhana dan beranggapan bahawa kemudahan di tempat pengajian mereka adalah tidak mencukupi.