ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN

on Thursday, December 03, 2009

TAJUK
The use of qualitative research criteria for portfolio assessment as an alternative to reliability evaluation: A case study
PENGARANE Driessen, C Van Der Vleuten, L Schuwirth, J Van Tartwijk & J Vermunt
SUMBER
Medical Education 2005; 39: 214–220

Artikel ini menerangkan strategi kajian berbentuk kualitatif yang digunakan untuk mencapai kredibiliti dan kebergantungan suatu pentaksiran (assessment). Pentaksiran portfolio melibatkan maklumat berbentuk kualitatif, di mana mentor akan memberi pendapat dan bimbingan setelah membaca portfolio mentee. Dalam kajian ini, 233 portfolio ditaksir. Setelah mentor menaksir portfolio pelajar, rakan pelajar pula akan memberi cadangan dan pendapat terhadap portfolio. Pelbagai maklumat berkenaan portfolio ini akan digabungkan dengan menggunakan kaedah triangulasi. Dari kajian ini, portfolio telah menyebabkan perbalahan pendapat tentang pencapaian portfolio. Perunding kualiti dari kalangan auditor luar digunakan bagi menangani masalah ini.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 8

on Thursday, December 03, 2009

TAJUK
TECHNOLOGY-BASED SCIENCE CLASSROOM: WHAT FACTORS FACILITATE LEARNING?
PENGARANG
Rohaida Mohd. Saat, Kamariah Abu Bakar
SUMBER
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 1–19, 2005

Artikel ini menerangkan kajian berbentuk kualitatif yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan teknologi dalam pengajaran matapelajaran Sains. Faktor-faktor yang telah dikenalpasti ialah (1) kesukaran menggunakan komputer, (2) kesukaran menggunakan peralatan teknologi, (3) kekangan masa, (4) tahap pengetahuan dan kemahiran ICT guru yang rendah dan (5) kekangan kewangan. Responden kajian ini bertumpu kepada 19 orang pelajar gred lima; sebelas pelajar perempuan dan lapan pelajar lelaki, dari keluarga berpendapatan sederhana. Responden dipilih berdasarkan sampel bertujuan (purposive sampling). Kajian dijalankan di dalam makmal komputer, dan pelajar dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil. Data verbal secara temubual, merupakan data utama bagi kajian ini, yang akan menunjukkan pemikiran pelajar terhadap bahan-bahan Web-based Instructions (WBI). Dapatan kajian menunjukkan empat faktor utama telah mempengaruhi pelajar dalam kemahiran proses sains, iaitu (1) rekabentuk WBI, (2) susun atur makmal komputer, (3) peranan guru dan (4) kesediaan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang berkongsi komputer dengan rakan berinteraksi lebih kerap berbanding dengan pelajar yang menggunakan komputer secara bersendirian. Interaksi sesama rakan telah terbukti dapat membantu pembelajaran pelajar supaya pelajar dapat memahami kandungan pelajaran dengan lebih mendalam.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 7

on Thursday, December 03, 2009

TAJUK
Laptop Use and its Antecedents Among Educators: A Review of the Literature
PENGARANG
Priscilla Moses, Mas Nida Md. Khambari, Wong Su Luan
SUMBER
European Journal of Social Sciences – Volume 7, Number 1 (2008)

Artikel ini ditulis untuk mengulas kajian-kajian lepas berkenaan penggunaan komputer riba (laptop) dalam kalangan pendidik. Maklumat dan data dikutip daripada cetakan artikel, jurnal atas talian (online journals) dan conference paper. Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk menilai tahap penggunaan komputer riba dalam kalangan pendidik dan faktor-faktor penggunaan komputer riba tersebut. Pendidik khususnya guru dianggap implementor kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan; mengintegrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Laptop juga dianggap powerful instructional tools dalam P&P. Secara keseluruhan, penggunaan laptop dapat membantu pendidik khususnya guru untuk membantu P&P bagi mencapai objektif secara optimum. Tahap penggunaan laptop bergantung kepada beberapa faktor seperti jantina, kesuntukan masa, teknologi, pendirian terhadap teknologi, sokongan pentadbiran dan sokongan teknikal. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan daripada artikel ini bahawa penggunaan laptop dalam kalangan pendidik hanyalah untuk pembangunan profesionalisme pendidik. Mereka menggunakan laptop bagi membantu mereka dalam proses P&P, perancangan dan persediaan mengajar, pengurusan dan komunikasi. Seharusnya penggunaan laptop dapat diperluaskan lagi bagi membantu urusan kerja harian yang lain untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi sedia ada.