Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 2

on Thursday, June 11, 2009

TAJUK JURNAL
Information Technology Education for Older Adults As A Continuing Peer-Learning Process : A Chinese Case Study
PENGARANG
Bo Xie
SUMBER
Educational Gerontology, 33: 429–450, 2007
Copyright # Taylor & Francis Group, LLC
ISSN: 0360-1277 print=1521-0472 online
DOI: 10.1080/03601270701252872

Jurnal ini menerangkan tentang pembelajaran dan penggunaan komputer serta Internet oleh warga tua di China; halangan-halangan yang dilalui oleh mereka; strategi-strategi untuk mengatasi halangan-halangan tersebut serta dapatan daripada temuduga yang telah dibuat kepada 33 ahli OldKids, organisasi yang terdiri daripada warga tua yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Kajian dijalankan dengan menemuduga 33 orang ahli OldKids yang berumur lingkungan 50 – 79 tahun; terdiri daripada 19 ahli perempuan dan 14 ahli lelaki. Dapatan daripada temuduga mendapati; (i) kurang sokongan dari segi teknikal dalam bidang IT; (ii) kurang sokongan daripada warga muda (anak cucu serta jiran tetangga yang lebih muda); (iii) pembelajaran lebih efektif jika pembelajaran dijalankan dalam kelompok umur yang sama; (iv) kursus / bengkel jangka pendek kurang efektif berbanding dengan penubuhan kelab komputer yang menyediakan kelas / kursus / bengkel secara berterusan.

Dalam kajian yang dijalankan menjelaskan bahawa kursus komputer yang biasanya dikendalikan oleh warga yang lebih muda tidak menggunapakai keupayaan dan potensi yang ada warga tua. Mereka juga mempunyai sifat kurang sabar terhadap kerenah warga tua yang ingin belajar secara lebih perlahan. Penerangan yang agak pantas oleh jurulatih warga muda juga menjadi satu masalah kepada warga tua untuk memahami isi pembelajaran dalam bidang ini.

Faktor umur juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran kerana ia akan member kesan terhadap penglihatan, pendengaran, psikomotor dan juga keupayaan kognitif peserta kursus.

Oleh itu, sebagai jurulatih, faktor-faktor seperti umur, keupayaan serta potensi peserta terutama warga tua perlu diberi penekanan ketika kursus dikendalikan. Modul dan pengisian kursus perlu bersesuaian sejajar dengan keupayaan peserta. Bagi mengendalikan kursus yang melibatkan warga tua, masa rehat perlu dititikberatkan kerana keupayaan mereka untuk melakukan kerja yang melibatkan komputer tidak sama dengan keupayaan peserta yang lebih muda.