BAHAGIAN 1 : Sebelum Merekabentuk ID

on Monday, January 19, 2009

The Essentials of Instructional Design oleh Abbie Brown & Timothy D. Green; Pearson Merrill/Prentice Hall; 2006

Bab 1 (Defining Instructional Design) mendefinisikan rekabentuk pembelajaran (ID) sebagai pemudahcara untuk mencapai objektif tertentu. ID mengaplikasikan kaedah logik dan saintifik serta pendidikan psikologi. Beberapa pelan/model ID dibincangkan seperti Dick and Carey’s Model, Kemp, Morrison and Ross’s Plan serta proses ADDIE. Penulis juga mengupas pengertian ID kepada empat bahagian: ID as a process, ID as a discipline, ID as a science, ID as a reality (Applied Research Lab at Pennsylvania State Uni). Secara keseluruhan, bab ini menerangkan dengan terperinci beberapa model ID beserta gambarajah yang jelas.

Berfikir dan belajar berbeza dari segi konsep. Memahami bagaimana manusia berfikir, penulis menjelaskannya pada Bab 2. Manakala, memahami bagaimana manusia belajar diterangkan pada Bab 3.

Memahami pemikiran manusia dan bagaimana manusia belajar sebelum merekabentuk ID dijelaskan dalam Bab 2 (Understanding How People Think ). Penulis menerangkan bahawa perekabentuk ID perlu faham dan meneliti pelbagai perspektif bagi setiap individu dari sudut teori-teori pembelajaran: behaviourisme, kognitif dan juga konstruktivisme.

Dalam Bab 3 (Understanding How People Learn) pula penulis mendefinisikan pembelajaran (learning) adalah perubahan kekal kepada perlakuan berdasarkan pengalaman (Behaviourisme). Ia juga adalah mental representation berdasarkan pengalaman (Kognitif). Penulis membincangkan tiga domain pembelajaran iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Dalam Bab 4 pula, penulis menerangkan berkenaan pengurusan penerbitan / produksi media pengajaran; proses-proses penerbitan / produksi, peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan produksi, kaedah-kaedah mengurangkan / menyelesaikan konflik di antara ahli produksi, serta menilai hasil media pengajaran yang telah diterbitkan.

Implikasi terhadap Kejurulatihan Komputer

Sebelum memulakan suatu kelas / kursus / pengajaran, jurulatih perlu faham apa yang dimaksudkan dengan ID dan mengaplikasikan model-model ID dalam setiap pengajaran agar pengajaran mencapai matlamat / objektif yang dirancang. Jurulatih juga perlu mengambil kira bagaimana pelajar / audience belajar dan bagaimana pelajar berfikir sebelum merekabentuk ID agar dapat memenuhi kehendak pengajaran dan juga kehendak pelajar. Jurulatih perlu bijak dari segi pengurusan penerbitan media pengajaran supaya pengajaran yang dilaksanakan berkesan kepada pelajar.

Pengenalan Buku

on Monday, January 19, 2009


The Essentials of Instructional Design oleh Abbie Brown & Timothy D. Green; Pearson Merrill/Prentice Hall; 2006

Buku ini ditulis bagi memperkenalkan elemen-elemen asas rekabentuk pengajaran (Instructional Design) : prinsip, proses dan praktis. Dalam buku ini, pengarang menerangkan prinsip-prinsip asas rekabentuk dan membanding-bezakan proses-proses yang terlibat dalam setiap prinsip. Contoh-contoh praktikal dan aplikasi penggunaan ID ditunjukkan pada setiap tajuk bagi memastikan pembaca memahami dan dapat mengaplikasi apa yang telah dibaca dan dipelajari. Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada empat bahagian : sebelum merekabentuk ID, menganalisa situasi, merekabentuk ID dan menilai kejayaan ID terhadap pelajar. Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat terutama kepada golongan pendidik/pelajar yang masih baru dalam rekabentuk ID dan mengutamakan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pengenalan Buku

on Saturday, January 10, 2009

The Power of Critical Thinking by Lewis Vaughn; Oxford University Press; 2005

Buku ini ‘mesra pelajar’ (student-friendly) ; menekankan aspek-aspek penting dalam konteks pemikiran kritikal (critical thinking) dalam kehidupan seharian. Penulis meneroka intipati pemikiran kritikal dalam buku ini seperti critical reasoning, argumentation, logic dan argumentative essay writing. Buku ini juga direka untuk membantu pelajar membuat anjakan dari pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif kerana ia mengandungi latihan-latihan yang berfokus kepada bab yang dibincangkan, nota-nota kecil yang sangat informatif, ruangan glosari dan sebagainya. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian ; asas pemikiran kritikal, penaakulan (reasoning), arguments dan penerangan (explanations). Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai dibaca oleh golongan pelajar yang mengambil kursus berkaitan, pemikiran kritikal, pengenalan kepada logik, informal logic, argumentative writing, dan introduction to argumentation.

Nota : Beberapa terma dalam Bahasa Inggeris tidak diterjemah ke Bahasa Melayu kerana dikhuatiri tidak menepati maksud terma tersebut.

Article 1 : From Thinking Skills to Thinking Classrooms

on Monday, January 05, 2009

From Thinking Skills to Thinking Classrooms oleh Carol McGuinness

Nota: Artikel ini tidak mengikut spesifikasi sebagai sebuah artikel jurnal. Walaubagaimanapun, ia telah membuka mata saya untuk mula membaca artikel-artikel ke arah pendidikan komputer. Berikut adalah ulasan artikel tersebut.

Artikel ini mengulas tentang peranan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran, mengenalpasti kaedah untuk mengembangkan pemikiran pelajar dan , bagaimana guru integrate kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya penggunaan ICT sebagai alat kemahiran berfikir.

Dari sudut pelajar,

  • Kemahiran berfikir dalam P&P penting kerana merangsang proses kognitif pelajar. Pelajar akan berfikiran jauh dan kritis.
  • Kemahiran berfikir juga akan menggalakkan pelajar menjadi seorang pemikir yang baik; belajar – berfikir – membuat keputusan yang bijak
  • Kemahiran berfikir merangsang pelajar supaya mampu menyusun, mengatur, membeza, membuat andaian, membuat kesimpulan, melahirkan idea baru, menyelesaikan masalah, serta membuat keputusan kepada pengetahuan yang diperoleh.

Kepentingan guru sebagai implementor kemahiran berfikir dalam P&P,

  • Guru mengajar pelajar berfikir (teaching thinking). P&P secara dua hala antara guru dan pelajar (soal jawab) perlu diurus dengan baik selagi masih di dalam objektif pembelajaran.
  • Network antara guru, peer coaching

Penggunaan ICT

  • Interaktif i.e Geometry Sketchpad
  • Video dan teknologi multimedia
  • Network communications

My first post...

on Sunday, January 04, 2009

Aslkm all...
This is my first post. Hope to get new friends and useful information.