Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 3 (Pembelajaran Aktif)

on Friday, June 12, 2009

TAJUK JURNAL
Wireless Laptops As Means For Promoting Active Learning
PENGARANG
Miri Barak, Alberta Lipson, Steven Lerman
SUMBER
Massachusetts Institute of Technology

Jurnal ini mengulas kajian tentang penggunaan komputer riba tanpa wayar (wireless laptops) bagi menggalakkan pembelajaran aktif di dalam dewan kuliah (subjek pengaturcaraan); mengkaji tingkahlaku pelajar dan penerimaan mereka terhadap persekitaran ‘baru’ tersebut.

Data diperolehi daripada soalselidik secara dalam talian (online survey) dan juga pemerhatian di dalam kelas (class observation). Soalselidik dijalankan selama 3 semester, dan seramai 318 pelajar yang menghadiri kelas pengaturcaraan telah terlibat. Pelajar-pelajar tersebut mempunyai latar belakang akademik yang berbeza, kursus yang berbeza dan pengalaman pengaturcaraan yang pelbagai.

Soalselidik dalam talian dilakukan pada hujung setiap semester, dengan tujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer riba tanpa wayar di dalam kelas pengaturcaraan. Soalselidik ini mengandungi 35 soalan; open and close-ended questions. Soalan-soalan berkisar tentang penggunaan komputer riba yang mempengaruhi pembelajaran aktif di dalam kelas dan pencapaian pembelajaran pelajar setelah penggunaan komputer riba di dalam dewan kuliah dilaksanakan. Pemerhatian di dalam kelas pula dilaksanakan dengan mengambil rakaman video pada setiap kuliah pengaturcaraan. Rakaman ini akan dianalisis untuk dibuat laporan pemerhatian.

Dapatan kajian merumuskan bahawa, terdapat aspek positif dalam penggunaan komputer riba di kalangan pelajar ketika kuliah, iaitu peningkatan dari segi pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran secara hands-on serta pelajar mengalami persekitaran pembelajaran secara eksplorasi. Walaubagaimanapun, terdapat juga aspek negative iaitu, kurangnya proses pembelajaran aktif di dalam kelas. Ini adalah kerana komputer riba menjadi faktor ‘pengganggu’ (source of distraction) yang mana pelajar menggunakan computer riba bagi tujuan lain selain pengaturcaraan ketika di dalam kelas, seperti chatting, melihat blog dsb. Ini akan mengganggu konsentrasi pelajar ketika kuliah dilaksanakan.

Sebagai seorang jurulatih, penggunaan komputer riba atau bahan P&P yang lain ketika pengajaran amat digalakkan untuk pembelajaran yang lebih efektif. Walaubagaimanapun, beberapa garis panduan perlu dibuat bagi menjamin pelajar / peserta kursus akan fokus kepada pengajaran yang dilaksanakan.