Pengenalan Buku

on Saturday, January 10, 2009

The Power of Critical Thinking by Lewis Vaughn; Oxford University Press; 2005

Buku ini ‘mesra pelajar’ (student-friendly) ; menekankan aspek-aspek penting dalam konteks pemikiran kritikal (critical thinking) dalam kehidupan seharian. Penulis meneroka intipati pemikiran kritikal dalam buku ini seperti critical reasoning, argumentation, logic dan argumentative essay writing. Buku ini juga direka untuk membantu pelajar membuat anjakan dari pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif kerana ia mengandungi latihan-latihan yang berfokus kepada bab yang dibincangkan, nota-nota kecil yang sangat informatif, ruangan glosari dan sebagainya. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian ; asas pemikiran kritikal, penaakulan (reasoning), arguments dan penerangan (explanations). Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai dibaca oleh golongan pelajar yang mengambil kursus berkaitan, pemikiran kritikal, pengenalan kepada logik, informal logic, argumentative writing, dan introduction to argumentation.

Nota : Beberapa terma dalam Bahasa Inggeris tidak diterjemah ke Bahasa Melayu kerana dikhuatiri tidak menepati maksud terma tersebut.