BAHAGIAN 1 : Sebelum Merekabentuk ID

on Monday, January 19, 2009

The Essentials of Instructional Design oleh Abbie Brown & Timothy D. Green; Pearson Merrill/Prentice Hall; 2006

Bab 1 (Defining Instructional Design) mendefinisikan rekabentuk pembelajaran (ID) sebagai pemudahcara untuk mencapai objektif tertentu. ID mengaplikasikan kaedah logik dan saintifik serta pendidikan psikologi. Beberapa pelan/model ID dibincangkan seperti Dick and Carey’s Model, Kemp, Morrison and Ross’s Plan serta proses ADDIE. Penulis juga mengupas pengertian ID kepada empat bahagian: ID as a process, ID as a discipline, ID as a science, ID as a reality (Applied Research Lab at Pennsylvania State Uni). Secara keseluruhan, bab ini menerangkan dengan terperinci beberapa model ID beserta gambarajah yang jelas.

Berfikir dan belajar berbeza dari segi konsep. Memahami bagaimana manusia berfikir, penulis menjelaskannya pada Bab 2. Manakala, memahami bagaimana manusia belajar diterangkan pada Bab 3.

Memahami pemikiran manusia dan bagaimana manusia belajar sebelum merekabentuk ID dijelaskan dalam Bab 2 (Understanding How People Think ). Penulis menerangkan bahawa perekabentuk ID perlu faham dan meneliti pelbagai perspektif bagi setiap individu dari sudut teori-teori pembelajaran: behaviourisme, kognitif dan juga konstruktivisme.

Dalam Bab 3 (Understanding How People Learn) pula penulis mendefinisikan pembelajaran (learning) adalah perubahan kekal kepada perlakuan berdasarkan pengalaman (Behaviourisme). Ia juga adalah mental representation berdasarkan pengalaman (Kognitif). Penulis membincangkan tiga domain pembelajaran iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Dalam Bab 4 pula, penulis menerangkan berkenaan pengurusan penerbitan / produksi media pengajaran; proses-proses penerbitan / produksi, peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan produksi, kaedah-kaedah mengurangkan / menyelesaikan konflik di antara ahli produksi, serta menilai hasil media pengajaran yang telah diterbitkan.

Implikasi terhadap Kejurulatihan Komputer

Sebelum memulakan suatu kelas / kursus / pengajaran, jurulatih perlu faham apa yang dimaksudkan dengan ID dan mengaplikasikan model-model ID dalam setiap pengajaran agar pengajaran mencapai matlamat / objektif yang dirancang. Jurulatih juga perlu mengambil kira bagaimana pelajar / audience belajar dan bagaimana pelajar berfikir sebelum merekabentuk ID agar dapat memenuhi kehendak pengajaran dan juga kehendak pelajar. Jurulatih perlu bijak dari segi pengurusan penerbitan media pengajaran supaya pengajaran yang dilaksanakan berkesan kepada pelajar.