BAHAGIAN 1 : Asas Pemikiran Kritikal

on Monday, February 23, 2009

The Power of Critical Thinking oleh Lewis Vaughn; Oxford University Press; 2005

Bab 1 membincangkan kepentingan dan fungsi pemikiran kritikal (critical thinking) . Pemikiran kritikal adalah sistematik, melibatkan logik, penilaian dan formulasi. Mengapa ia penting? Kerana ia melibatkan kepercayaan, perspektif baru dan menilai pandangan diri sendiri dan orang lain. Pemikiran kritikal juga melengkapi emosi dan kreativiti manusia. Pengarang juga menerangkan tentang kaitan claims, reasons dan arguments dengan pemikiran kritikal.

Dalam Bab 2, penulis menjelaskan bahawa pemikiran kritikal terbahagi kepada dua; bagaimana kita berfikir (How) dan apa yang kita fikir (What). “Bagaimana kita berfikir” tercetus sebagai faktor psikologi seperti perasaan takut, motivasi dan keinginan kepada sesuatu. Ia juga timbul kerana wujud group pressure. Manakala, “Apa yang kita fikir” pula tercetus kerana wujud kepercayaan kepada falsafah (philosophical beliefs).

Membuat penilaian terhadap arguments merupakan kemahiran yang penting dalam pemikiran kritikal. Perkara ini dibincangkan dalam Bab 3. Penilaian tersebut merangkumi pencarian kesimpulan dan premis; memeriksa sama ada arguments adalah dari jenis deduksi atau induksi; menentukan kepastian atau kekuatan arguments dan menilai sama ada premis benar ataupun palsu. Penulis meringkaskan penilaian ini dalam bentuk gambarajah yang memberi gambaran jelas berkenaan arguments yang kompleks dan seterusnya membuat penyelesaian berdasarkan gambarajah tersebut.

Implikasi kepada Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer

Pemikiran kritikal bermaksud penilaian yang sistematik, melibatkan kaedah dan prosedur (methods and procedures). Ia adalah salah satu cabang penting dalam kemahiran berfikir kerana ia mempengaruhi tindakan dan pilihan manusia. Dalam Pendidikan Komputer, pemikiran kritikal perlu diterapkan semasa pengajaran supaya matlamat / objektif pengajaran tercapai.