BAHAGIAN 2 : Menganalisa Situasi

on Tuesday, February 24, 2009

The Essentials of Instructional Design oleh Abbie Brown & Timothy D. Green; Pearson Merrill/Prentice Hall; 2006

Di dalam bahagian 2 buku ini, penulis menerangkan tentang kepentingan menguji / menganalisa situasi sebelum ID direkacipta Menganalisa situasi bermaksud membuat analisa keperluan (need analysis), analisa tugasan (task analysis) dan analisa pelajar (student / audience analysis).

Bab 5 membincangkan prinsip, proses dan praktis mengaplikasikan analisa keperluan (need analysis). Analisa ini perlu bagi menentukan jenis pengajaran yang perlu dilaksanakan atau model-model ID yang boleh digunakan oleh seseorang jurulatih. Di dalam bab ini juga diterangkan kepentingan pelaksanaan analisa keperluan, langkah-langkah pelaksanaan analisa keperluan, hasil pelaksanaan, serta penilaian perekabentuk (designer) terhadap analisa keperluan tersebut.

Bab 6 memberi penjelasan kepada pembaca berkenaan analisa tugasan (task analysis). Seseorang jurulatih perlu memahami kandungan tugasan dan pengajaran yang akan diberi kepada pelajar. Ini adalah kerana analisa ini akan menjadi perkasa asas kepada bentuk pengajaran yang akan dibina sebelum pengajaran dilaksanakan.

Bab 7 pula menerangkan berkenaan analisa pelajar (student analysis). Analisa pelajar merupakan kaedah untuk mengenali pelajar yang akan terlibat dalam pengajaran yang akan dilaksanakan.

Implikasi terhadap Kejurulatihan Komputer
Analisa-analisa yang telah disebutkan di atas amat penting untuk perekabentuk pengajaran (ID designers). Analisa-analisa ini membantu perekabentuk menentukan matlamat / objektif pengajaran untuk ID yang akan direkacipta, serta memilih tugasan / aktiviti yang sesuai dan terbaik untuk pengajaran tersebut.