BAHAGIAN 3 : Merekabentuk ID

on Friday, March 13, 2009




Setelah keperluan-keperluan pengajaran dianalisis, perekabentuk akan mula merekabentuk ID yang sesuai untuk pelajar. Dalam bahagian 3 buku ini, penulis menjelaskan prinsip, proses dan praktis dalam menentukan matlamat atau objektif pengajaran, merekabentuk pengajaran serta memilih aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar.

Bab 8 (Developing Instructional Goals and Objectives) menerangkan perbezaan di antara instructional goals dan instructional objetives; serta menjelaskan beberapa kaedah yang digunakan oleh perekabentuk pengajaran dan pakar untuk membina instructional goals dan instructional objectives. Beberapa contoh ditunjukkan bagi memberi gambaran yang lebih jelas perbezaan ini.



Rekabentuk pengajaran yang baik melibatkam rekaan aktiviti yang menarik dan memberi kepuasan kepada pelajar, di samping mencapai matlamat yang ditentukan. Perkara ini yang dikenali sebagai curriculum, dijelaskan dalam Bab 9 (Creating Instruction). Susun atur kandungan pengajaran yang akan diajar perlu dilihat sedalam-dalamnya oleh perekabentuk, bagi memastikan aktiviti yang direka bertepatan dengan kandungan pengajaran dan bersesuaian dengan pelajar. Penulis juga menerangkan kaedah-kaedah penyampaian pengajaran (instructional delivery) yang berkesan iaitu classroom teaching, programmed instructions dan distance education.



Dalam Bab 10, penulis menjelaskan bagaimana mencipta / mereka suasana pembelajaran dan aktiviti yang bersesuaian dengan pelajar. Penulis juga menerangkan bahawa matlamat pembelajaran adalah suatu cabaran yang utama dalam rekaan pengajaran. Pereka perlu mengetahui latar belakang kelas serta latar belakang pengetahuan sedia ada pelajar bagi memastikan pengajaran yang dirancang mencapai matlamat yang diharapkan.
Bransford, Brown and Cocking (2000) menjelaskan bahawa terdapat empat cara suasana pembelajaran dapat dibentuk : (1) learner-centred environment (2) knowledge-centred environment (3) assessment-centred environment dan (4) community-centred environment. Hannafin, Land and Oliver (1999) pula menjelaskan terdapat dua jenis suasana pembelajaran : (1) directed learning environment dan (2) open-ended learning environment.



Implikasi terhadap Kejurulatihan Komputer
Sebelum menjalankan sesuatu kursus, jurulatih perlu berfikir tentang cak pengajaran yang akan dilaksanakan di dalam kelas. Aktiviti yang dirancang dan kandungan kursus perlu selaras dengan objektif / matlamat yang ingin dicapai. Jurulatih juga perlu sensitif dengan suasana pembelajaran / suasana tempat kursus kerana perkara ini akan menjadi titik tolak sama ada pengajaran yang akan dilaksanakan akan berjaya atau tidak dan sama ada pembelajaran tersebut memberi kesan mendalam terhadap pelajar.