BAHAGIAN 4 : Menilai Kejayaan ID Terhadap Pelajar

on Friday, March 13, 2009

The Essentials of Instructional Design by Abbie Brown & Timothy D. Green; Pearson Merrill/Prentice Hall; 2006
Bahagian ini penulis menjelaskan bagaimana menilai perkembangan pelajar dan juga sejauh mana keberkesanan ID yang direka. Bab 11 dan 12 menerangkan prinsip, proses dan praktis penilaian yang digunakan oleh pereka ID untuk menentukan keberkesanan ID yang telah mereka reka. Dalam Bab 11 penulis menjelaskan penilaian kejayaan pelajar, manakala Bab 12 penulis menerangkan keberkesanan ID terhadap pelajar.

Dalam Bab 11 (Evaluating Learner Achievement), penulis menerangkan maksud penilaian terhadap individu (pelajar), produk dan proses. Penilaian terbahagi kepada tiga : penilaian pelajar (praktis), penilaian formatif dan penilaian sumatif. Kejayaan pelajar dinilai dari segi sejauh mana pelajar tersebut memenuhi kehendak / matlamat / objektif pengajaran. Criterion-referenced learner evaluation menilai kemampuan pelajar. Norm-referenced learner evaluation pula membanding dan menilai tahap kemampuan pelajar. Assessment merupakan teknik / kaedah yang digunakan bagi memperoleh data daripada pelajar. Ia dibahagikan kepada tiga : sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Teknik ini digunakan bagi menentukan sama ada pelajar mengetahui objektif pengajaran atau tidak.

Implikasi terhadap Kejurulatihan Komputer
Jurulatih perlu menyediakan penilaian untuk pelajar bagi menentukan sama ada pelajar dapat mencapai objektif pengajaran yang telah disasarkan. Penilaian perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan ID yang telah digunakan kepada pelajar dan kesan ID kepada tahap kejayaan / peningkatan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

Dalam Bab 12 (Determining The Success of the Instructional Design Product and Process), penulis menjelaskan perbezaan dan kepentingan penilaian formatif dan sumatif. Penulis juga membandingbeza kaedah penilaian yang digunakan dalam ID yang berbeza. Bagaimana menentukan kejayaan suatu ID? Adakah objektif pengajaran tercapai? Persoalan ini dijelaskan oleh penulis dengan menekankan bahawa penilaian sumatif amat perlu dilaksanakan, dan pereka ID perlu menjadi penilai utama.

Implikasi terhadap Kejurulatihan Komputer
Kandungan kursus Pendidikan Komputer berkembang dengan pesat selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi. Oleh itu, jurulatih perlu lebih peka terhadap perubahan semasa supaya objektif pengajaran dapat dipenuhi selari dengan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Perubahan struktur kursus perlu dinilai pada setiap pengajaran untuk memastikan kejayaan kursus dan juga memastikan penetahuan dan kemahiran pelajar mengalami peningkatan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.