ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 1

on Monday, November 23, 2009


TAJUK
FAKTOR PENGGUNAAN KOMPUTER DAN KAITANNYA DENGAN KESEDIAAN MENGIKUTI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA

PENGARANG
ZAIDATUN TASIR, JAMALLUDIN HARUN & LIM SER YEN

SUMBER
Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 2006: 75–91 © Universiti Teknologi Malaysia


Artikel ini menerangkan kajian berbentuk kuantitatif, yang mengkaji faktor-faktor penggunaan komputer dari segi sikap terhadap komputer, kecelikan dan kemudahan komputer terhadap pelajar Sarjana Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menerangkan perkara yang menjadi faktor utama penggunaan komputer dalam kalangan responden yang terpilih. Beberapa kajian berkenaan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar telah dilakukan. Antara aspek yang telah dikaji ialah sikap dan persepsi pelajar, ruangan dan sifat penggunaan komputer di sekolah tinggi, faktor-faktor penggunaan komputer di sekolah-sekolah, hubungan pembacaan dengan penggunaan komputer di kalangan remaja dan perbezaan umur dan jantina dalam penggunaan dan sikap terhadap komputer di kalangan pelajar sekolah menengah. Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada kajian berkenan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar Sarjana. Kajian ini telah mencapai objektif dan menjawab kesemua persoalan kajian. Analisis deskriptif terhadap sikap, kecelikan, dan kemudahan komputer menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sarjana bersikap positif terhadap penggunaan komputer, tahap kecelikan komputer yang sederhana dan beranggapan bahawa kemudahan di tempat pengajian mereka adalah tidak mencukupi.