ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 2

on Monday, November 23, 2009

TAJUK
PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU PELATIH: DAHULU, SEKARANG,
DAN HARAPAN MASA DEPAN

PENGARANG
M. BALAKRISHNAN, PhD.

SUMBER
Jabatan Teknologi Pendidikan
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, 2004

Artikel merupakan kajian berbentuk kualitatif yang bertujuan untuk mengkaji pendapat guru-guru pelatih tentang penggunaan komputer sebelum dan semasa di maktab perguruan dan harapan mereka terhadap penggunaan komputer ketika mengajar di sekolah nanti. Responden terdiri daripada empat orang guru pelatih dari sebuah maktab perguruan; dua orang guru pelatih mewakili kumpulan yang mempunyai pengalaman menggunakan komputer sebelum ke maktab manakala dua orang lagi mewakili kumpulan yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer sebelum ke maktab. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang nyata di antara dua kumpulan guru-guru pelatih ini. Guru-guru yang berpengalaman menggunakan komputer sepatutnya didedahkan dengan aktiviti yang lebih mencabar, atau dilatih unuk menjadi seorang fasilitator untuk kumpulan guru pelatih yang kurang pengalaman. Pembentukan modul juga perlu dikaji bagi membezakan keperluan antara guru pelatih yang berpengalaman dan kurang pengalaman.