ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 8

on Thursday, December 03, 2009

TAJUK
TECHNOLOGY-BASED SCIENCE CLASSROOM: WHAT FACTORS FACILITATE LEARNING?
PENGARANG
Rohaida Mohd. Saat, Kamariah Abu Bakar
SUMBER
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 1–19, 2005

Artikel ini menerangkan kajian berbentuk kualitatif yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan teknologi dalam pengajaran matapelajaran Sains. Faktor-faktor yang telah dikenalpasti ialah (1) kesukaran menggunakan komputer, (2) kesukaran menggunakan peralatan teknologi, (3) kekangan masa, (4) tahap pengetahuan dan kemahiran ICT guru yang rendah dan (5) kekangan kewangan. Responden kajian ini bertumpu kepada 19 orang pelajar gred lima; sebelas pelajar perempuan dan lapan pelajar lelaki, dari keluarga berpendapatan sederhana. Responden dipilih berdasarkan sampel bertujuan (purposive sampling). Kajian dijalankan di dalam makmal komputer, dan pelajar dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil. Data verbal secara temubual, merupakan data utama bagi kajian ini, yang akan menunjukkan pemikiran pelajar terhadap bahan-bahan Web-based Instructions (WBI). Dapatan kajian menunjukkan empat faktor utama telah mempengaruhi pelajar dalam kemahiran proses sains, iaitu (1) rekabentuk WBI, (2) susun atur makmal komputer, (3) peranan guru dan (4) kesediaan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang berkongsi komputer dengan rakan berinteraksi lebih kerap berbanding dengan pelajar yang menggunakan komputer secara bersendirian. Interaksi sesama rakan telah terbukti dapat membantu pembelajaran pelajar supaya pelajar dapat memahami kandungan pelajaran dengan lebih mendalam.