ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 5

on Tuesday, November 24, 2009

TAJUK
The Influence of Teachers' Technology Use on Instructional Practices
PENGARANG
Glenda C Rakes; Valerie S Fields; Karee E Cox
SUMBER
Journal of Research on Technology in Education; Summer 2006; 38, 4; ProQuest Education Journals, pg. 409

Artikel ini menerangkan satu kajian yang dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara penggunaan teknologi dan kemahiran penggunaan teknologi serta penggunaan pengajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru-guru di luar bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument dengan 50 item. Sampel adalah jenis sampel bertujuan (purposive sampling) dan seramai 186 responden telah dipilh. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknologi dalam kalangan guru sekolah luar bandar amat rendah; latihan teknologi yang diberikan kepada guru-guru tidak member impak yang besar terhadap penggunaan teknologi di sekolah; guru-guru yang mempunyai kemahiran asas teknologi mempunyai tahap penggunaan teknologi yang sederhana bagi menyokong pengajaran konstruktivisme di sekolah. Penekanan terhadap penggunaan teknologi di sekolah luar bandar seharusnya disokong oleh latihan untuk pembangunan staf bagi memotivasikan guru-guru terhadap penggunaan teknologi secara optimum.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 4

on Tuesday, November 24, 2009

TAJUK
Examining user acceptance of computer technology: An empirical study of student teachers
PENGARANG
Will Wai-kit Ma, Robert Anderssonw & Karl-Oslear Streithw
SUMBER
Publishing Ltd 2005 Journal of Computer Assisted Learning 21, pp387–395

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dan bertujuan untuk menilai penerimaan guru-guru pelatih terhadap teknologi komputer, dan mengenalpasti tujuan utama mereka menggunakan komputer. Responden kajian merupakan guru-guru pelatih dari sebuah program pendidikan untuk guru, dan terdiri daripada 84 orang, 33.5% lelaki dan 66.5% perempuan. Responden juga merupakan guru-guru pelatih yang mewakili empat kumpulan opsyen: (1) opsyen pendidikan awal kanak-kanak, (2) opsyen sains dan matematik, (3) pendidikan umum dan (4) opsyen pedagogi pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru tersebut dapat menerima teknologi komputer bagi memudahkan urusan harian mereka, serta teknologi tersebut adalah mudah untuk digunakan.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 3

on Monday, November 23, 2009

TAJUK
ICT IN CHILEAN SCHOOLS: STUDENTS’ AND TEACHERS’ ACCESS TO AND USE OF ICT HUMAN TECHNOLOGY

PENGARANG
J. Enrique Hinostroza, Christian Labbé and Magdalena Claro

SUMBER
An Interdisciplinary Journal on Humans in ICT Environments;ISSN: 1795-6889 ; www.humantechnology.jyu.fi
Volume 1 (2), October 2005, 246-264

Artikel ini menerangkan satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar dan guru di Chile. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT di sekolah, kemahiran ICT dalam kalangan guru dan pelajar dan aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar dengan menggunakan kemudahan ICT. Kajian ini melibatkan soal selidik secara manual (atas kertas) dan soal selidik atas talian (online questionnaire). Instrumen soal selidik diadaptasi dari instrumen yang dibangunkan oleh UNESCO ICT.. Soal selidik dibahagikan kepada tiga jenis: (1) Soal selidik untuk koordinator makmal computer, (2) Soal selidik untuk guru-guru dan (3) Soal selidik untuk pelajar. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata. Dapatan kajian menunjukkan majoriti komputer di sekolah rendah dan menengah di Chile diletakkan di makmal computer. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya diwujudkan network bagi memudahkan guru dan pelajar menggunakan kemudahan ICT tersebut di luar makmal komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan komputer adalah maksimum ketika waktu persekolahan berbanding hari minggu. Kebanyakan aktiviti yang berteraskan ICT juga lebih banyak dilakukan di dalam makmal komputer pada hari persekolahan.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 2

on Monday, November 23, 2009

TAJUK
PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU PELATIH: DAHULU, SEKARANG,
DAN HARAPAN MASA DEPAN

PENGARANG
M. BALAKRISHNAN, PhD.

SUMBER
Jabatan Teknologi Pendidikan
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, 2004

Artikel merupakan kajian berbentuk kualitatif yang bertujuan untuk mengkaji pendapat guru-guru pelatih tentang penggunaan komputer sebelum dan semasa di maktab perguruan dan harapan mereka terhadap penggunaan komputer ketika mengajar di sekolah nanti. Responden terdiri daripada empat orang guru pelatih dari sebuah maktab perguruan; dua orang guru pelatih mewakili kumpulan yang mempunyai pengalaman menggunakan komputer sebelum ke maktab manakala dua orang lagi mewakili kumpulan yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer sebelum ke maktab. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang nyata di antara dua kumpulan guru-guru pelatih ini. Guru-guru yang berpengalaman menggunakan komputer sepatutnya didedahkan dengan aktiviti yang lebih mencabar, atau dilatih unuk menjadi seorang fasilitator untuk kumpulan guru pelatih yang kurang pengalaman. Pembentukan modul juga perlu dikaji bagi membezakan keperluan antara guru pelatih yang berpengalaman dan kurang pengalaman.

ULASAN JURNAL PENYELIDIKAN 1

on Monday, November 23, 2009


TAJUK
FAKTOR PENGGUNAAN KOMPUTER DAN KAITANNYA DENGAN KESEDIAAN MENGIKUTI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA

PENGARANG
ZAIDATUN TASIR, JAMALLUDIN HARUN & LIM SER YEN

SUMBER
Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 2006: 75–91 © Universiti Teknologi Malaysia


Artikel ini menerangkan kajian berbentuk kuantitatif, yang mengkaji faktor-faktor penggunaan komputer dari segi sikap terhadap komputer, kecelikan dan kemudahan komputer terhadap pelajar Sarjana Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menerangkan perkara yang menjadi faktor utama penggunaan komputer dalam kalangan responden yang terpilih. Beberapa kajian berkenaan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar telah dilakukan. Antara aspek yang telah dikaji ialah sikap dan persepsi pelajar, ruangan dan sifat penggunaan komputer di sekolah tinggi, faktor-faktor penggunaan komputer di sekolah-sekolah, hubungan pembacaan dengan penggunaan komputer di kalangan remaja dan perbezaan umur dan jantina dalam penggunaan dan sikap terhadap komputer di kalangan pelajar sekolah menengah. Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada kajian berkenan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar Sarjana. Kajian ini telah mencapai objektif dan menjawab kesemua persoalan kajian. Analisis deskriptif terhadap sikap, kecelikan, dan kemudahan komputer menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sarjana bersikap positif terhadap penggunaan komputer, tahap kecelikan komputer yang sederhana dan beranggapan bahawa kemudahan di tempat pengajian mereka adalah tidak mencukupi.

Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 4

on Friday, June 12, 2009

TAJUK JURNAL
Collaborate, Plan, Deploy and Train :
Office 2007 in the Classrooms and Labs Across Campus
PENGARANG
Joana Trimble Gandara and Michelle Eastland
SUMBER
St. Edward’s University, 3001 Congress Ave. CM 1036, Austin, TX 78704

St. Edward’s University terletak di Austin, Texas. Universiti ini membuat keputusan untuk memasang MS Office 2007 di seluruh kampus menggunakan system operasi Windows XP pada musim panas 2008 yang lalu.

Fokus utama penulisan artikel / jurnal ini adalah untuk menilai kejayaan dan kegagalan Instructional Technology (IT) Department universiti ini dalam menyokong pemasangan dan penggunaan produk tersebut; seterusnya membantu institusi-institusi lain mengorak langkah atau membuat pelan jangkamasa panjang / pendek dalam proses pemasangan perisian baru di sekitar kampus.

Perisian MS Office 2007 akan dipasang di semua kelas dan makmal komputer seluruh kampus. IT Department bertanggungjawab membuat pelan strategi serta in-house training kepada komuniti (fakulti, pelajar dan staf) kampus tersebut. 5300 orang pelajar (undergraduate, new college dan graduate) akan terlibat dalam penggunaan perisian baru ini di seluruh kampus.

IT Department terbahagi kepada: (i) Student Computing – bertanggungjawab menyelenggara makmal computer, (ii) Media Services – bertanggungjawab member sokongan peralatan multimedia, (iii) Technical Services – bertanggungjawab member sokongan kepada fakulti dan staf untuk set up computer, memasang perisian dsb, (iv) Computer Help Desk – member bantuan teknologi maklumat dalam bentuk panggilan telefon, email, web, live chat dan walk-in, (v) Faculty Resource Centre – membantu fakulti dengan keperluan teknikal dan rekabentuk ID (Instructional Design), (vi) Computer Training – bertanggungjawab member kursus / latihan kepada komuniti kampus.

Dalam bidang kejurulatihan, sokongan dari segi latihan / kursus amat penting dalam proses pemasangan perisian baru dalam satu kelompok komuniti yang besar seperti di dalam university. Latihan perlu berterusan supaya proses peralihan kepada perisian yang baru menjadi lebih mudah. Latihan / kursus boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti quick guides, 30-minutes training dan workshop exercises, dan ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya kemahiran komuniti akan menjadi lebih mantap.

Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 3 (Pembelajaran Aktif)

on Friday, June 12, 2009

TAJUK JURNAL
Wireless Laptops As Means For Promoting Active Learning
PENGARANG
Miri Barak, Alberta Lipson, Steven Lerman
SUMBER
Massachusetts Institute of Technology

Jurnal ini mengulas kajian tentang penggunaan komputer riba tanpa wayar (wireless laptops) bagi menggalakkan pembelajaran aktif di dalam dewan kuliah (subjek pengaturcaraan); mengkaji tingkahlaku pelajar dan penerimaan mereka terhadap persekitaran ‘baru’ tersebut.

Data diperolehi daripada soalselidik secara dalam talian (online survey) dan juga pemerhatian di dalam kelas (class observation). Soalselidik dijalankan selama 3 semester, dan seramai 318 pelajar yang menghadiri kelas pengaturcaraan telah terlibat. Pelajar-pelajar tersebut mempunyai latar belakang akademik yang berbeza, kursus yang berbeza dan pengalaman pengaturcaraan yang pelbagai.

Soalselidik dalam talian dilakukan pada hujung setiap semester, dengan tujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar terhadap penggunaan komputer riba tanpa wayar di dalam kelas pengaturcaraan. Soalselidik ini mengandungi 35 soalan; open and close-ended questions. Soalan-soalan berkisar tentang penggunaan komputer riba yang mempengaruhi pembelajaran aktif di dalam kelas dan pencapaian pembelajaran pelajar setelah penggunaan komputer riba di dalam dewan kuliah dilaksanakan. Pemerhatian di dalam kelas pula dilaksanakan dengan mengambil rakaman video pada setiap kuliah pengaturcaraan. Rakaman ini akan dianalisis untuk dibuat laporan pemerhatian.

Dapatan kajian merumuskan bahawa, terdapat aspek positif dalam penggunaan komputer riba di kalangan pelajar ketika kuliah, iaitu peningkatan dari segi pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran secara hands-on serta pelajar mengalami persekitaran pembelajaran secara eksplorasi. Walaubagaimanapun, terdapat juga aspek negative iaitu, kurangnya proses pembelajaran aktif di dalam kelas. Ini adalah kerana komputer riba menjadi faktor ‘pengganggu’ (source of distraction) yang mana pelajar menggunakan computer riba bagi tujuan lain selain pengaturcaraan ketika di dalam kelas, seperti chatting, melihat blog dsb. Ini akan mengganggu konsentrasi pelajar ketika kuliah dilaksanakan.

Sebagai seorang jurulatih, penggunaan komputer riba atau bahan P&P yang lain ketika pengajaran amat digalakkan untuk pembelajaran yang lebih efektif. Walaubagaimanapun, beberapa garis panduan perlu dibuat bagi menjamin pelajar / peserta kursus akan fokus kepada pengajaran yang dilaksanakan.

Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 2

on Thursday, June 11, 2009

TAJUK JURNAL
Information Technology Education for Older Adults As A Continuing Peer-Learning Process : A Chinese Case Study
PENGARANG
Bo Xie
SUMBER
Educational Gerontology, 33: 429–450, 2007
Copyright # Taylor & Francis Group, LLC
ISSN: 0360-1277 print=1521-0472 online
DOI: 10.1080/03601270701252872

Jurnal ini menerangkan tentang pembelajaran dan penggunaan komputer serta Internet oleh warga tua di China; halangan-halangan yang dilalui oleh mereka; strategi-strategi untuk mengatasi halangan-halangan tersebut serta dapatan daripada temuduga yang telah dibuat kepada 33 ahli OldKids, organisasi yang terdiri daripada warga tua yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Kajian dijalankan dengan menemuduga 33 orang ahli OldKids yang berumur lingkungan 50 – 79 tahun; terdiri daripada 19 ahli perempuan dan 14 ahli lelaki. Dapatan daripada temuduga mendapati; (i) kurang sokongan dari segi teknikal dalam bidang IT; (ii) kurang sokongan daripada warga muda (anak cucu serta jiran tetangga yang lebih muda); (iii) pembelajaran lebih efektif jika pembelajaran dijalankan dalam kelompok umur yang sama; (iv) kursus / bengkel jangka pendek kurang efektif berbanding dengan penubuhan kelab komputer yang menyediakan kelas / kursus / bengkel secara berterusan.

Dalam kajian yang dijalankan menjelaskan bahawa kursus komputer yang biasanya dikendalikan oleh warga yang lebih muda tidak menggunapakai keupayaan dan potensi yang ada warga tua. Mereka juga mempunyai sifat kurang sabar terhadap kerenah warga tua yang ingin belajar secara lebih perlahan. Penerangan yang agak pantas oleh jurulatih warga muda juga menjadi satu masalah kepada warga tua untuk memahami isi pembelajaran dalam bidang ini.

Faktor umur juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran kerana ia akan member kesan terhadap penglihatan, pendengaran, psikomotor dan juga keupayaan kognitif peserta kursus.

Oleh itu, sebagai jurulatih, faktor-faktor seperti umur, keupayaan serta potensi peserta terutama warga tua perlu diberi penekanan ketika kursus dikendalikan. Modul dan pengisian kursus perlu bersesuaian sejajar dengan keupayaan peserta. Bagi mengendalikan kursus yang melibatkan warga tua, masa rehat perlu dititikberatkan kerana keupayaan mereka untuk melakukan kerja yang melibatkan komputer tidak sama dengan keupayaan peserta yang lebih muda.

BAHAGIAN 3 : Arguments

on Sunday, May 17, 2009

The Power of Critical Thinking by Lewis Vaughn; Oxford University Press; 2005


Bahagian 3 membincangkan tentang deductive dan inductive reasoning.

Dalam Bab 6 (Deductive Reasoning : Propositional Logic), penulis menerangkan tentang statements (penyataan) dan connectives (penghubung); simple statement (penyataan mudah) dan compound statement (penyataan gabungan). Penerangan beberapa terma logical connectives (penghubung logik) juga dijelaskan : (1) conjuction-AND, (2) disjunction-OR , (3) negation-NOT, dan (4) conditional-IF-THEN. Penggunaan truth table (jadual kebenaran) dijelaskan untuk menentukan kesahan sesuatu argument.

Dalam Bab 7 (Deductive Reasoning : Categorical Logic), penulis menjelaskan tentang categorical logic, di mana categorical statement terdiri daripada subject dan predicate term. Terdapat empat bentuk standard categorical statement, iaitu : (1) universal affirmative, (2) universal negative, (3) particular affirmative dan (4) particular negative. Gambarajah Venn pula digunakan sebagai kaedah yang terbaik untuk menggambarkan categorical statement dan menerangkan perkaitan di antara satu statement dengan statement yang lain.

BAHAGIAN 2 : Reasons (Sebab-Musabab)

on Sunday, May 17, 2009


The Power of Critical Thinking by Lewis Vaughn; Oxford University Press; 2005

Dalam Bab 4 - Reasons for Belief (kepercayaan) and Doubt (keraguan), penulis menjelaskan kaitan di antara dakwaan (claims) dan keraguan (doubts). Apabila dua dakwaan mempunyai konflik, penulis berpendapat ada sebab manusia akan meragui dakwaan-dakwaan tersebut. Dengan kata lain, apabila terdapat konflik di antara dua dakwaan, dakwaan-dakwaan tersebut boleh diragukan. Penulis juga menerangkan tentang betapa pentingnya pakar (experts) dalam menentukan sama ada dakwaan boleh diragukan atau tidak. Menurut penulis jika pakar tidak bersetuju tentang sesuatu dakwaan, dakwaan tersebut boleh juga diragukan. Kebanyakan dakwaan yang tidak berasas atau tiada sokongan konkrit digunakan oleh penyunting (editors), wartawan dan penerbit; atas sebab tekanan dari pihak atasan dan juga tekanan kewangan yang didorong oleh organisasi-organisasi yang mempunyai kepentingan peribadi.

Bab 5 (Faulty Reasoning) menjelaskan berkenaan fallacies (ketidakbenaran) yang terbahagi kepada dua : irrelevant premises (premis yang tidak relevan) dan unacceptable premises (premis yang tidak boleh diterima). Fallacies akan menjejaskan keputusan atau kesimpulan kepada sesuatu perkara, dan seterusnya akan berakhir dengan faulty reasoning (penyebab yang salah)

Implikasi terhadap Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer
Jurulatih perlu lebih scepticism dan berfikir secara kritikal dan rasional dengan mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi suatu dakwaan oleh peserta. Bahan-bahan rujukan dan mencari fakta-fakta penting merupakan sumber-sumber yang perlu diambil berat oleh jurulatih sebelum memulakan kursus / bengkel. Dengan cara ini, jurulatih akan lebih bersedia untuk menghadapi perkara-perkara yang disalahtafsir oleh peserta kelak.